Kami mengambil upah untuk pembelian barangan terus dari Jepun. Kadar upah bermula dari RM20 tidak termasuk cas nyata lain seperti kos pos, cukai dan kos pembungkusan.
Harga barangan adalah jumlah dari kos A + B + C + D
A. Kos barangan
Harga barangan + Cukai Jepun 8%. Kadar tukaran mengikut tukaran RM dan YEN semasa dan mungkin berubah mengikut waktu tukaran sebenar (mungkin telah ditukar seminggu awal) . Harga tukaran rasmi melalui Wasap.
B. Kos upah
Jika kalah : RM20
Jika Menang : Minimum RM35 atau 5% nilai barangan (Yang mana lebih tinggi) jika item dibungkus dengan meletakkan di dalam sampul sahaja.
Cas tambahan untuk item berikut
B1. Item mudah pecah dan pembalutan rumit. Kos termasuk bahan bungkusan seperti bubble wrap, kotak (mu ngkin recycle), selotep dll). RM20 ke atas mengikut bahan dan tahap kerumitan.
B2. Balutan khas untuk hadiah (jika perlu) RM50 ke atas mengikut material
C. Kos pos EMS dan kos pengurusan ke Malaysia
Harga mengikut berat dan kadar tukaran MYR-JPY semasa.
https://www.post.japanpost.jp/int/charge/list/ems_all_en.html
D. Cukai Kastam
Dibayar oleh pelanggan kepada Kastam Malaysia (jika ada). Kebiasaannya barang kecil dan murah tidak dikenakan cukai.
E. Bayaran
E1. Bayaran A perlu dibayar penuh sebelum sebarang bidaan dibuat.
E2. Bayaran baki B+C dibayar sebelum barangan dipos dari Jepun ke Malaysia. Kegagalan untuk membayar jumlah baki dalam tempoh 2 minggu selepas pembelian berkemungkinan barangan akan dilelong.
E3. Kami tidak terlibat dalam kos D (cukai). Kos ini dibayar anda pada Kastam Malaysia (jika ada) dan dan segala urusan kastam TIDAK akan diuruskan kami.
Syarat dan Terma
1. Risiko pembelian di atas diri sendiri. Skop kerja kami hanya menguruskan pembelian dan pengeposan barang dari Jepun ke Malaysia sahaja. Tiada jaminan jika barangan rosak atau kesilapan pemahaman maklumat oleh pelanggan.
2. Tiada khidmat terjemahan (orang) disediakan percuma. Cas RM20/Muka Surat dikenakan jika memerlukan khidmat alih bahasa bagi penerangan barang oleh jurubahasa berpengalaman 10 tahun ke atas. Penggunaan perisian percuma google translate (komputer) disyorkan tetapi tidak digalakkan kerana mungkin berlaku kesalahan dari susunan tatabahasa yang membawa maksud berlainan.
3. Barang tidak melebihi 30kg dan mampu dibawa oleh seorang sahaja.
4. Bukan barang larangan kastam.
Cara Tempahan
A. Lawan web pembelian terus
Barangan :
Link berkaitan :
Whatasapp ke https://api.whatsapp.com/send?phone=60143201000
B. Laman web pembidaan seperti Yahoo Auction JP
Link berkaitan :
Bajet maksimum :
i. Dinasihatkan untuk meletakkan harga yang munasabah. Namun jika ingin mencuba apa salahnya. Upah RM20 masih dikira walaupun kalah bidaan.
ii. Bidaan secara automatik dan kenaikan akan naik secara automatik. Contoh jika bajet 1000 yen dan barangan masih berharga 100 yen. Jika orang lain membida 200 yen secara automatik bidaan akan menjadi 300 yen dan tidak akan menjadi terus 1000 yen kecuali ada yang membida 900 yen.
iii. Jika bersetuju bayaran penuh harga bajet maksimum barangan perlu dibayar sebelum bidaan.
iv. Wang deposit akan dikembalikan jika kalah bidaan dengan pengurangan upah dalam tempoh 3 hari.
v. Jika melebihi bajet maksimum dan ingin melawan bidaan sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap kali kenaikan. Maksimum tidak melebih 10% deposit asal sahaja. Jika lebih deposit tambahan diperlukan. Kenaikan saat akhir mungkin tidak akan dilayan jika ada kekangan waktu dan keadaan.
vi. Whatsapp ke https://api.whatsapp.com/send?phone=60143201000