Hal berkaitan item
Kenapa nampak macam baru?
Maknanya orang jepun beli saja tapi tak
guna. Hehe.. Mungkin sebab kerana sibuk bekerja sampai tiada masa untuk belai
manja,
Barang baru ke terpakai?
Kalau tidak ditulis barang baru,dikira
barangan terpakai. Cuba lihat gambar dan baca penerangan. Jika ada calar dan
tidak cantik adakah itu barangan baru? Kalau cantik anda sangat bertuah kerana
berpeluang membeli barangan nampak baru dengan harga terpakai.
Apa itu SC?
SC=shutter count. Bilangan berapa kali
kamera itu ditekan dan diambil gambar. Lagi rendah nilai sc, semakin kurang
penggunaan kamera. Dan sudah tentu harga barangan semakin tinggi.
Bagaimana jika barang rosak?
Jika masih dalam jaminan 10 hari, anda
diberi pilihan.
1.Baiki dan kos ditanggung gajetdijepun
(perlu resit) atau
2.Kembalikan sahaja barangan ke Kuala
Lumpur dan anda dibayar penuh (kos pos ke KL ditanggung pembeli).
Jika di luar gerenti atau masih dalam
tempoh 3 bulan selepas pembelian, tawaran harga istimewa untuk anda jika
berminat terhadap produk gajetdijepun yang lain.
Usia?
Soalan sensitif tu. Rahsia,,ehe..Secara
asasnya GDJ sendiri tidak tahu kecuali dalam tempoh waranti. Jika diluar
waranti anggap sahaja barang sudah lama. Nak anggap zaman P Ramlee pun boleh.
GDJ tidak mementingkan usia tetapi mementingkan paras rupa sahaja dan kualiti
dalam meletakkan harga.
Kenapa murah?
Sebab tak mahal..hehe..Kalau cantik dan
bergaya barang itu, saya tidak tahu sebab apa murah.Yang pasti rezeki anda
dapat murah. Tapi kalau di blog ada tulis barang itu bermasalah, memang murah
bersebab.
Bodi/Lens baru tak jual?
Bodi baru atau model terbaru beli kat
Malaysia je. Termurah di dunia rasanya.Jadi bersyukur la jadi rakyat Malaysia..
Hal pembayaran, pembelian dan harga
Harga?
Baca dulu penerangan yang ditulis, kalau
tengok gambar saja memang tak tulis harga. hehe. Jangan salah ertikan 'sekeping
gambar seribu makna'. Kenapa saya taknak jawab berapa harga? mudah saja. Jika
benda asas seperti itu tidak dibaca, masakan syarat dan terma yang panjang
lebar boleh dibaca. Syarat dan terma penting untuk mengelakkan perkara
berbangkit selepas pembelian.
Nak COD mana?
Sila baca apa yang saya tulis. Tidak baca
tidak tahu.
Sila call atau sms ke 01X XXX XXXX cara nak
beli!
Sila baca. Saya tidak berminat untuk
telefon atau sms kerana melibatkan kos
Berapa nih?
1 je biasanya saya jual. Tak banyak
Boleh kurang/nego?
Tidak boleh. Asasnya harga adalah tetap dan
tidak akan diberi harga istimewa jika anda pembeli baru. Untung sikit je ni..:)
#Jika anda ingin beli melebihi 2 item
sekali pos akan diberi diskaun pos.
#Jika pernah membeli dengan saya akan
diberi harga diskaun.
Saya ni penjual juga. Boleh dapat harga
istimewa?
1.Jika anda pertama kali membeli dengan
saya
Boleh, syarat membeli 2 item sekali pos dan
bayaran terlebih dahulu. Tiada istilah pos dulu bayar kemudian. Kalau beli 1
sahaja dianggap pelanggan biasa dan tiada diskaun.
2.Jika anda pembeli setia
Ya, ada diskaun untuk anda. Tapi janganlah
anggap harga kurang separuh. Biasanya dalam RM50~100 sahaja.
PM me best price!
............... (tidak dijawab). Jika anda
betul berminat sila hubungi saya terlebih dahulu. Jangan tanya harga kepada
saya kerana sudah tertulis tetap. Pengalaman saya yang lalu, hanya 1% peratus
yang akan menjwab sekurang-kurangnya 'terima kasih' walaupun tidak berminat.
Yang lain hanya diam membisu seolah-olah saya syok sendiri..biarlah tak laku
asalkan ego saya tidak tergugat..hehe
Saya serius buyer! boleh nego?
Kalau anda serius anda sudah faham dengan
perkataan 'harga tetap'. Maknanya anda bukan dikategorikan sebagai serius
buyer.
Kenapa GDJ jual mahal sangat? Kawan kepada
kawan kepada kawan datuk sebelah kawan saya beli murah je.
1.Saya penjual mestilah nak untung, kalau
taknak untung bukan namanya bisnes. Kalau saya untung anda pun untung sebab
barangan saya semakin banyak untuk dipilih kerana banyak modal.
2.Saya penjual, mestilah jual barang, bukan
jual air liur sahaja, barang tak ada. Tak kan la air liur sampai beribu-ribu
ringgit.Beli lens minolta beercan harga rm1000, yang dapat tin arak kosong. tu
kalau dapat la. dapat air liur saja pon ada..hehe
3.Saya penjual, ikut suka saya la nak jual
berapa. Seperti pembeli juga ,mestila ikut suka la nak beli kat sapa..ehe
4.Harga saya termasuk pos, untung lagi
kalau orang kampung ke yang jauh dari bandar beli. Agaknya kalau naik kereta
berapa banyak kos. Kalau beli kat mudah. Minyak, tol lagi. Kecuali la anda naik
basikal atau jalan kaki.Bila dah temujanji, tunggu berjam-jam akhirnya makhluk
yg ditunggu tak tiba. Rugi masa lagi. Masa itu emas. Lagi mahal kalau
ikut.ahaha..
5.Saya jual ikut harga Jepun dan atas
kajian sendiri, bukan harga scammer di mudah. Taktik scam di mudah, letak iklan
palsu harga murah. Bila murah orang persendirian nak jual barang sendiri
terpaksa letak harga sama dengan iklan palsu. Sebab tu la harga murah. Saya
penjual atas dasar bisnes, bukan jualan persendirian. Untuk kekal harga tidak
boleh ikut harga scam semata-mata nak kasi laku. Bisnes pakai akal, bukan main
ikut-ikut ja atau jual dan beli saja.
6.Harga saya sama dengan kualiti. Saya
pernah jual lens harga rm100 saja. Harga kat mudah rm700. Termasuk pos lagi.
Tapi lens rosak la.. taknak ke beza harga yang tu? ehe
Camne cara nak bayar?
Dah faham syarat dan terma, hubungi saya
Kenapa tidak letak no akaun di blog?
Kerana hampir semua barang saya adalah terpakai. Hanya
ada 1 dan tiada yang lain dengan kondisi yang serupa 100%. Kalau ada orang
masukkan duit saya tidak tahu siapa. Sekurangnya jika mengisi borang saya boleh
tahu siapa pembayarnya.
Untuk mengelakkan kesilapan, hanya mereka
yang sudah boleh membuat bayaran dalam masa 24jam sahaja akan diberi no akaun.
Lain-lain
Anda boleh dipercayai?
Boleh rujuk feedback saya. Tak baca tak
tahu.
Kenapa GDJ ni sombong dan kadang-kadang
tidak menjawab soalan?
Jawapannya salah 1 daripada
1.Sebab anda sombong untuk membaca apa yang
saya tulis
2.Sebab anda suka bertanya tanpa membaca
dan membuat kajian dahulu
3.Sebab anda bertanya soalan yang tidak
patut dijawab.
4.Sebab anda bertanya harga sedangkan sudah
ditulis
5.Sebab saya tidak perasan atau tidak
terbaca post anda
6.Sebab saya memang sombong dan saya tidak
sedar saya sombong.
Apa itu WTS
Want To Sale. Barang masih ada dan belum
dijual
Apa itu Sold
Barang sudah dijual.
Apa itu Paid Reserved
Barangan telah dibayar pendahuluan untuk
tempoh lebih kurang seminggu. Jika dalam tempoh simpanan, saya TIDAK akan
menjual kepada orang lain sekalipun anda ingin membayar lebih.
Eh dah buat kat jepun murah la kat Jepun
Nanti GDJ komplen kat PM jepun kenapa harga
di Jepun mahal, kat oversea murah je.Takpun buat group 'FB Kami bantah harga
kamera di Jepun mahal. Kami di anak tirikan!'. Makan duit rakyat ni..aha..Kalau anda selalu bising harga
minyak Malaysia mahal dr oversea walaupun pengeluar anda pasti tahu jawapannya.
Saya nak beli lagi 1 tahun.
Hehe. Kalau ada lagi
Pos dahulu bayar kemudian boleh?
Boleh. Kalau bahasa kasar dia boleh
belah..hehe.. Sapa tak percaya sapa nih? Saya sudah ada feedback dan dikenali
jual barang dan bukan jual air liur. Anda saya tidak kenal terus-terus mintak
pos dahulu bayar kemudian..ehe
Bayar separuh dulu boleh?
Boleh. Dah penuh baru pos.
Takla, bayar separuh. Dah sampai baru bayar
baki?
Tak boleh. Jawapan dia sama seperti pos dahulu
bayar kemudian. Kalau nak tahu masa saya mula bisnes dahulu saya berani la buat
camtu. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun. Tak habis bayar lagi
Kad kredit boleh?
Tidak boleh. Jika anda berminat sila
tunaikan kad kredit anda.
Paypal boleh?
Tidak boleh
Tempahan
Boleh pesan barang lain selain gajet?
Boleh. Dengan syarat bukan barang larangan
atau lucah, dan bukan barang kenderaan. Ringan dan tidak besar. Jangan la order
lori 8 tayar.. Nak pos macam mana kalau saya sendiri pun naik basikal 2 tayar.
Sebab apa tak layan barang kereta? Masyuk
pe..
1.Sangat leceh. Bayangkan kalau anda suruh
cari lampu. Dah la tak bagi nama model, cakap lampu kereta je, Umum sangat. Nak
cari macam mana? Kalau cakap lampu model XX-111 ke apa ke takpe la lagi
2.Berat dan besar. Contoh yang saya akan
tolak mentah-mentah
Order tayar kereta 4 biji? saya naik
basikal je. nak bawak macam mana?
Tempah bonet kereta. Besar dan menyemak
rumah saya. Nak bungkus pon sangat leceh.
3.Saya tidak berminat dengan kereta dan
tidak tahu apa-apa mengenai kereta.
Boleh pesan barang kamera baru?
Ya. Jika anda sanggup bayar lebih. Secara
asasnya lebih baik beli di Malaysia sahaja.
Tukar suka sama suka atau trade in
Boleh. Banyak syarat dia. Baca dulu di
sini.
Kenapa mahu jual?
Sebab saya seorang penjual dan menjalankan
perniagaan
Boleh simpan untuk saya?
Boleh jika dibayar muka. Tiada istilah
simpan percuma. Pengalaman saya, tidak pernah orang yang mengatakan 'simpan
untuk saya' itu menghubungi saya selepas tempoh yang diberi. Hanya cakap
kosong.
Kenapa harga Jepun mahal?
Sebab kos hidup di sini mahal. Maka
keuntungan untuk penjual disini lebih tinggi dari keuntungan penjual Malaysia.
Jepun juga dikenakan cukai. Barangan kamera di Malaysia tidak dikenakan cukai.
Saya ingin memesan barangan kenderaan
Tidak boleh. Saya tidak berminat