GDJ Photo Contest!! November 2011


Atas sambutan menggalakkan di bulan September, pertandingan ini diteruskan pada setiap bulan, dimana tema bulan November adalah

Tema November 2011 : Slow shutter
Hadiah :
Pilihan RM100 Tunai atau Diskaun RM150 barangan GDJ x 1 pemenang 'Like 100%'
Pilihan RM150 Tunai atau Diskaun RM200 barangan GDJ x 1 pemenang 'Juri 100%'

Taktau slow shutter tu apa? Sila rujuk google .

Contoh seperti di flickr


Jangan risau menang atau tidak, asalkan mencuba! Siapa tahu hadiah itu menjadi milik anda!

Terma & Syarat
1.Syarat paling utama ialah shutter speed gambar mestilah melebih 1 saat
2.Pemenang dikira melalui sistem like 100% dan 100% dikira dari pemilihan GDJ sendiri.
3.
Gambar mestilah asli dan tidak diedit dengan ketara . Jika anda pengguna Digital pastikan EXIFF data tidak hilang. Untuk filem sila nyatakan jenis scanner anda.
4.Gambar adalah hakcipta peserta sendiri. Tiada plagiat!
5.Untuk memastikan ketulenan, GDJ akan memeriksa EXIFF data terlebih dahulu, jika terdapat sebarang kemusykilan, GDJ wajar menolak penyertaan anda.
6.Penyertaan yang tidak berkaitan tema akan ditolak. Untuk penyertaan kali ini, jika tidak berkaitan tema akan ditolak sama sekali.
7.Seorang peserta hanya boleh menghantar 1 gambar sahaja bagi 1 tema setiap bulan
8.Penyertaan hanya sah untuk gambar yang diambil dari 1 oktober 2011 sehingga 24 november 2011. Penyertaan bagi luar tarikh tersebut akan ditolak. Untuk filem, anda dikecualikan dari tarikh tersebut.
9.Gambar yang mengandungi unsur politik atau unsur sensitiviti rakyat malaysia akan ditolak. Gambar dewasa yang tidak menutup aurat atau seksi juga akan ditolak (gambar menunjukkan rambut bagi wanita juga akan ditolak!).
10.Gambar penganiyaan haiwan juga ditolak.
11.GDJ boleh menolak mana-mana penyertaan yang dirasakan tidak sesuai.
11.Keputusan adalah muktamad. Sebarang bodekan tidak dilayan!
12.Pemenang oktober boleh menyertai pertandingan tetapi hadiah hanya untuk kategori juri sahaja. Jika anda menang kategori like, tiada hadiah untuk anda.
13.GDJ berhak untuk mengubah atau menambah syarat-syarat ketika pertandingan masih berlangsung.

Penerimaan Hadiah
1.Hanya 2 pemenang bagi tema bulan November
2.Hadiah utama boleh dipilih dalam bentuk tunai atau rebate.
3.Untuk rebate, tiada tarikh tamat tempoh adalah setahun/selagi GDJ masih beroperasi.

Cara Penyertaan
1. Hantar gambar anda berformatkan .jpg atau .jpeg dan tukar nama gambar kepada nama anda
Contoh : IMG2010.jpg kepada nama_anda.jpg
Email ke gajetdijepun[at]gmail.com (gantikan [at] kepada @)
Sila ikut format. GDJ wajar menolak penyertaan yang tidak mengikuti format.

Tajuk email : GDJ Photo Contest November 2011

Tema :
GDJ Photo Contest November 2011
Nama Penuh :
Nama lens digunakan :
Apperture :
ISO:
Shutter Speed:
Link Facebook Peserta * :
Email :
No telefon* :


* Tidak wajib

2.Tunggu gambar anda dimasukkan dalam album facebook untuk setiap bulan
Ajak rakan like gambar anda secara sukarela, jangan paksa ye! Semakin banyak like semakin cerah peluang anda untuk menang!

3.Tarih penerimaan penyertaan bermula pada 25 Oktober 2011. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25November 2011 .

4. Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu pada bulan berikutnya

Jika ada pertanyaan sila komen di bawah