[Closed] Tempahan Sempena Balik Malaysia

Salam

Sempena nak balik malaysia ni 25 hb 7 ni saya nak bukak tempahan kepada sesiapa yang berminat nak tempah apa2 barang sahaja tanpa byrn pos EMS dengan syarat asas

ringan. tidak melebihi 200g.
kecil dan mudah dibawa
dan syarat tambahan yg saya pertimbangkan

siapa cepat die dapat.. byrn pendahuluan dikenakan..total limit sampai 2 kilo je semua tempahan..so klu 10 org beli dalam 200gram dah cukup..klu yg lambat tu sori la..saya pon nak bawak barang peribadi pon byk..

contoh barang yang boleh ditempah..
baju
seluar
stickers
cenderamata

COD sekitar KL dan Taiping sahaja..
Untuk barang melebihi berat 200g dan besar akan dipertimbangkan tetapi cas tambahan bakal dikenakan
Perlu diingatkan barang kat jepun ni mahal, tapi sesiapa yg rasa nak berjenama dan kualiti mmg tidak menghampakan..
Dan tidak semua barang saya boleh dapatkan..

Berminat?
emel ke kia_jpn[at]yahoo.com
(ganti [at] kepada @)