Syarat dan Terma

1. Dengan setiap pembelian di gajetdijepun (GDJ), pembeli secara langsung telah bersetuju dengan semua syarat yang telah ditetapkan di blog ini.

2. Setiap barangan disertakan dengan jaminan 10 hari bermula dari tarikh barang diterima pembeli, kecuali barangan berkondisi C. Pembeli dinasihatkan untuk menguji barang dalam tempoh tersebut.

3. Jika barang yang diterima rosak atau bercanggah dengan penerangan, jaminan wang penuh dikembalikan.

4. Urusniaga dianggap selesai setelah tamat tempoh 10 hari dan kelewatan pemberitahuan kerosakan walau apa jua alasan tidak akan diterima.

5. Jika terdapat sebarang kerosakan atau masalah sila hubungi GDJ terlebih dahulu untuk dibaiki atau pemulangan penuh. Sekiranya dibaiki tanpa persetujuan GDJ terlebih dahulu, GDJ tidak akan menanggung segala tuntutan kos secara langsung atau tidak langsung.

6. TIADA jaminan untuk

a. Calar, habuk, kotoran atau perkara biasa bagi barangan terpakai
b. Ketidakserasian kamera dan lens menghasil imej tidak sharp.
c. Gangguan imej pada sensor kamera/optik disebabkan habuk.
d. Ketahanan bateri kamera
e. Kecuaian sendiri seperti salah faham, tidak membaca penerangan dengan teliti atau tidak membaca syarat dan terma.
f. Barangan yang diberi percuma (jika ada)

7. Segala syarat dan terma yang tidak tertulis di sini ada tertakhluk pada budi bicara penjual.